Perujian Lencana Keris Gangsa dan Perak untuk PKK Pasir Puteh bermula 16-18 Julai 2019. Peserta kali ini memang ramai melebihi 150 orang. Hari kedua penulis telah bertindak sebagai peruji Kawad Kaki dan Isyarat Sulit Pengakap.
Alhamdulillah, segala tugasan yang diberikan dapat penulis laksanakan dengan sehabis baik. Sebagai seorang guru, kita bukan hanya mengajar sesuatu ilmu, tetapi juga secara tidak langsung mendidik murid supaya menjadi orang yang berguna bukan hanya pada diri sendiri, tetapi juga pada keluarga dan masyarakat.
Tahniah kepada murid-murid yang memilih untuk menjadi pengakap. Anda sebenarnya seorang yang beruntung kerana pastinya anda akan terdidik secara natural atau semulajadi apabila menyertai pengakap.....dapat berkhemah.....meredah hutan....ikhtiar hidup.....masakan rimba.....dapat rehatkan minda dari kesibukan bandar.....mengenal pokok-pokok hutan....mengetahui adab-adab memasuki hutan.....memanjat pokok......dan lain-lain
Pastikaan cikgu yg mengajar anak2 pengakap sekolah itu jauh dari anasir yg negetf krn sebagai pendidik dan ahli2 pengakap bersih dari anasir tersubut.
ReplyDelete